![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjx9j0vmvdi1tCNKjUqL7Qp48GBJXq3-Njf92op9A5vaq50XN4Yst-cor3f1gCAv6hRRqZ0ok0rYCy2HDE0ushIi_Fl_WKEN9eM94sUoc6GPU1wb8anovWO7XQx8oG7rB9YXnQrv-4d6LwI/s320/edited_2.jpg)
pada kali ini, aku ade kisah yg menarik nk aku ceritakan. aku ade trbace di dalam sebuah majah.. menarik sebagai renungan bersama kita sebagai seorang hamba Allah yang serba kekurangan dan lemah.
Di dalam sebuah hadis, ada menceritaan tentang dua beradik abang dan adik yang mana masing-masing mempunyai haluan sendiri, abang suka melakukan beribadah kepada Allah, manakala si adik pula suka melakukan pekara-pekara yang mungkar. hayatilah cerita ini...
kisahnye begini, pada suatu hari, terdapat seorang abang yang sngt beriman kepada Allah Ta'ala, di telah menghabiskan masa usianya sejak sekian lama dengan hanya beribadah kepada Allah S.W.T, dan pada suatu hari sedang si abang duduk bersendirian, ketiaka itu datanglah syaitan laknatullah menjelama dan berkata sesuatu kepada si abang ini, "syg sekali, engkau telah mnghabiskan dan mensia-siakan usiamu selama empat puluh tahun dengan begitu sahaja, mari kita rasai kenikmatan hidupan di dunia dengan sepaus-puasnya", smbung iblis tadi "kemudian kembaliah engkau bertaubat kepada Allah, jd tidaklah engkau merasa kerugian hidup di dunia ini!", pabila mendengar bisikan iblis itu, maka pndirian dan hati si abang telah berubah,...."benar, aku telah merugikan diriku dan usiaku dengan hanya beribadat sahaja.lebih baik aku turn ke bawah mendapatkan adik ku untuk menikmati keindahan dunia kemudian aku akan kembali bertaubat kepada Allah". si abg berniat untuk berjumpa adiknya dengan niat untuk mengikuti perangai adiknya melakukan kemaksiatan dan kemungkaran.
sedangkan si adik pula, secara tiba-tiba, telah menyesali dengan dosa-dosa yang telah dilakukan dan bercadang untuk keluar dari dunia gelap itu. "oh! alangkah sia-sianya hidupku ini, selama bertahun-tahun aku telah menghabiskan masa ku dengan melakukan dosa-dosa dan kekotoran dunia ini, sdgkan abag ku sdg mndpat kenikmati dan beroleh syurga Allah nnti"...."tetapi aku? nerakalah yg akan mnjdi tmpt aku, aku mahu betaubat, aku akan berjumpa dengan abgku untuk bersama-sama melakukan ibadah dan berbakti kepada Allah.
maka si adik pun naiklah ke atas untuk bertemu abgnya untuk melakukan kebaikan sdangkan abgnya turun ke bawah untuk menemui adiknya untuk melakukan kemungkaran. dengan kuasa Allah maha besar, kaki abangnya tergelincir ketika hndak mnuruni tangga, lalu trjatuh dan menghempap tubuh adiknya dan akhirnya kedua-dua mereka meninggal dunia di tangga tersebut.
Diakhrat kelak, mereka akan dibgkitkan dengan menuruti niat msg-msg, si abg akan dibangkitkan dengan niat untuk melakukan kejahatan sedngkan si adik akan dibangkitkan semula dengan menuruti niat untuk melakukan kebaikan, walaubagaimanapun, di dalam Islam, Allah akan menerima sebarang niat kebaikan dan akan dijanjikan ganjaran pahala walaupun masih belum melakukanya, sedgkan sesorang yang berniat jahat tetapi belum melakukanya, maka ia tidak akan dikira bersosa..
jadi pengajaran yang kita dapat dari cerita ini ialah setiap manusia perlu menggunakan akal untuk berfikir sebelum membuat keputusan dan ingatlah Allah masih membuka pintu taubat kepada sesiapa yang ingin bertaubat, sama-sama kita fikirkan untuk kebaikan kita dunia dan akhirat.
Wassalam..