last week, aku xde kerja, boring giler...
so aku pg library than trjumpa novel ni, MaktaB IbU KaNdUng,
perg...... best giler citer dia...... ni aku ade tipkn sinopsiasnyer.....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgb2ZGIR0yKiSh3OCNmGAVc3do0IQmeox2S1qY_JT2V9xJA_naHajMO3jN2DJUuQY3y08Lca1XRkjCaMg6gauySkO4k2FrNiRLuiNgAR7ygEJURG1ky453lDWyhdM9xzwp1KCt1OEIQ8rCG/s400/1719610.jpg)
Cerita bertitik tolak dari kedatangan seorang guru dari singapura yang bernama Junid yang telah ditawarkan untuk mengajar di Maktab tersebut.
Di Maktab itu tlh bnyk mnyntuh perasaanya seperti sikap pengetua Inggeris yang tidak memikirkan kebajikan pelajar-pelajar Melayu seperti penghuni Maktab tersebut khususnya para pelajar yg sering mengalami kekurangan kelengkapan untuk belajar, kegiatan harian para pelajar yang tinggal jauh dari keluarga dan kisah-kisah cinta pelajar-pelajar dengan penduduk Tanjung Malim atau pun pelajar-pelajar perempuan dari Maktab Durian Daun Melaka. Junid juga adalah watak utama dalam novel ini yang mana dalam novel ini juga ada menyentuh mengenai kisah cinta junid dengan kekasih hatinya iaitu Ceh yah yang merupakan seorang perempuan joget namun cintaya tidak dibalas sebaliknya menjadi pendorong untuknya lebih maju. Dalam novel ini juga ada menyentuh mengenai latar belakang kedudukan Maktab yang berlatar-belakangkan banjaran Titiwangsa yang indah dan keadaan Pekan Tanjung Malim ketika itu. Novel ini juga menyentuh permulaan perjuangan anak bangsa Melayu yang berkobar-kobar untuk memajukan diri dan bangsanya sendiri seperti Gafar selaku ketua pelajar di maktab tersebut. Ia juga menyentuh keadaan negara yang sedang kucar-kacir ketika serangan Pakatan Komunis yang menyerang hendap Tanah Melayu ketika itu dan Tanj0ng Malim adalah merupakan sebuah kawasan hitam yang menjadi pengawasan pihak berkuasa ketika itu kerana disyaki menjadi markas komunis. Novel ini juga menceritakan keadaan penduduk melayu di singapura yang hanya berkerja sebagai kerani dan guru sekolah melayu dan hanya duduk di sekitar kawasan kampung. Begitu juga dengan peristiwa-peristiwa yang penting di singapura. Namun novel ini lebih banyak menceritakan peristiwa yang berlaku di sekitar Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.
untk Pgthuan semua,
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dahulu dikenali sbg (SITC) Sultan Idris Training College, kemudian ditukar kepada Institusi Perguruan Sultan Idris, dan sekarang dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris.
so bg cerita ni aku bly bg 6 bintang dr 5 bintang. kui,kui,kui......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan