Assalamualikum, adus, terasa malas aku nk edit blog nie, tugasan yang melambak-lambak nk buat dalam masa yang singkat, satu dugaan dari Allah! tp xpe ar aku tetap kna hbskn cerita ni,
hahah ape ar, nk citr pon sampai berepisod2 (biasa ar suke buat kerja betanguh2, memang lamat nnnak siap).
ha ni sambungan cerita sterusnay,
Perjalanan dari pusat skyway ke puncak Genting Higland mengambil masa selama 30 minit sepanjang 6 km. ape yang menarik ketika kami menaiki skyway ini, di sepanjang perjalanan kami dapat menikmati pemandangan flora dan fauna yang begitu menarik hati. alangkah menariknya alam ciptaan Allah yang maha Esa, dan aku bersyukur sebab dilahirkan di Malaysia, sebab walaupun pembangunan begitu pesat di sekitar kawasannya, tetapi masih terdapat alam sekitar yang masih terpelihra.(ni pun mungkin kesan daripada keadaan genting higland yang dikatakan semakin kurang sejuk). sepanjang perjalanan,masing-masing hanya diam 'seribu bahasa' tidak bersuara langsung, hanya menikmati pemandangan yang indah dan udara yang segar seperti sedang membuka peti ais menerjah masuk kedalam bagasi kerta kabel yang kami naiki. huhuhuhu
Setibanya kami di puncak genting higland, kami terus menuju ke kaunter pembelian tiket, perjalananya agak sedikit mengelirukan sebab banyak sangat tangga yang tinggi2 dan jalan yang penuh berbelok-belok, jadi keadaan agak sedikit penat, sebab terkejar-kejar,(sebb aku dah set dalam otak nak smapai awal then main puas-puas). setibanya kami ke kawasan kejadian, kami mula-mula nampak buaian pusing, so aku ajak mereka menikmati keseronokan permainan ini,(dari riak muka mereka, seperti menjengkelkan sebab nampak permainan itu seperti permainan budak-budak) nah kesanya, aku dapat melihat eksperisi muka mereka yang dapat menikmati keseronokan tesebut. aku rasa sedikit berpuas hati dan lega. sebb yang sorang tu aku lihat seperti tidak gemar pasal hiburan, tu yang agak sedikt leceh, (ops!! sorry klu ade yang terasa) tapi sleepas bermian aku yakin mereka akan terhibur punya. selepas permaina buaian pusiang tuh, aku menyusun strategi untuk masa yang sangat singkat ini, untuk memastikan mereka benar-benar menikmati keseronokan itu, jadi aku syorkan untuk mereka bermain spece short, dalam banyak-banyak permainan, permainan ini yang aku gila-gila untuk main, huhuhuh, sebab dalam permainan ini aku akan jerit sekuat-kuat hati, dan waktu inilah saat aku melepaskan segala-galanya, masing-masing berasa gementar saat tiba giliran untuk menaiki space short ini, selepas menaikinya, mmereka akan berpuas hati, rasa seronok dan XITED untuk meneruskan permianan yang seterusnya. tapi sebelum kami meneruskan penerokaan yangb hebat ini, kami singgah solat zohor di sebuah surau yang disediakan. so nk cerita lagi, nnti ar, aku ken buat tgsan aku du, klu dh siap yang nnih kita sambaung lagi.....wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan