Ahad, 4 April 2010

Industri Muzik dan kesunyian....

Salam sejahtera......
huhuh tergerak fez nk bercerita tntang industri muzik negara kita.......
tp sebelum tu, Tahnian kepada bintang2 yang popular malam tadi, huk3....
bile sebut industri muzik Malaysia, apa yang kita akan bayangkan?? mngkin sebuah industri yang seakan2 nyawa2 ikan, atau pun seperti bunga yang kembang xmau layu pon x mau atau batu yang kadang-kadang tenggelam dan kadang-kadang timbul....
negara kita sebenarnya dikurniakan dengan barisan karyawan yang setanding dengan karyawan dunia, bnayak kejayaan demi kejayaan yang kita blh lihat dari sudut pengiktirafan antarabnagsa, namun mengapa masih wujud perkataan industri muzik yang merosot??
sebenarnya, kehebatan dan pertahanan industri seni tanah air adalah bermula dari dalam negara kita sendiri, cuba kita lihat berapa peratuskan penggemar muzik/seni gemar kepada muzik dari luar berbanding dengan muzik dari dalam negara? mungkin lebih tinggi berbanding muzik dari dalam negara... mengapa??
baru-baru ini, terdapat 2 persembahan konsert dari negara sebenrang telah diadakan di dalam negara kita sendiri, mengapa mereka boleh menembusi pasaran negara kita sedangkan berapa ramaikah karyawan dan artis kita yang mampu membuat kosert di negara mereka, dan adakah mereka diterima? mengapa keadaan sedemikian berlaku, sedarkah anda bahawa sesebuah industri muzik yang berjaya mampu menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi negara dan manfaatnya boleh dinikmati oleh rakyat sendiri. 
jika kita lihat hari ini, banyak stesyn radio dari dalam negara kita sendiri yang dicipta oleh 'anak jati Malaysia' sendiri berlumba-lumba untuk mendenagkan lagu-lagu dari negara luar sedangkan banyak lagi pilihan lagu-lagu dari dalam negara yang boleh didendangkan tanpa ada kekurangan, teruk sangat ke muzik tanah air kita, tak cukup kreatif ke mereka? begitu juga dengan stsyn telivesyen Malaysia, mengapa mereka berlumba-lumba untuk menayangkan sesuatu yang baru dari negara seberang sedangkan ia tidak setimpal kepada artis-artis dan keluaran industri seni dari negara kita...
mungkin anda berfikira saya sebagai berfikiran tertutp dan tidak berkembang..... namun lihat lah sendiri indstrin seni dari dalam negara yang terpaksa bersaing dengan 'bahan' dari luar di dalam negara sendiri. jangan sampai wujud tahap penghabaan industri kepada negara sendiri oleh 'bahan' dari luar.. beringat sebelum berlaku..
kualiti artis kita rendah ker? atau kualiti seni mereka masih ditahap lemah? kalau mereka semua sedemikian, mengapa mereka boleh diterima oleh 'rakyat Malaysia'? mengapa mereka boleh dipertandingkan diperingkat antarabangsa dan diterima/diiktiraf sebagai pemenang....
come on Malaysia, sokonglah industri muzik tempatan, kita perlu membela nasib negara sendiri, kepada pihak yang tertentu, ubah lah sikap tersebut, tanamkan semangat patriotik, sayngkan negara sendiri, utamakan dari dalam negara baru orang luar pandang Malaysia ini hebat rupanya kesanya kepada kita sendiri.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan