![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjijhDzcKj_GccY05E4hXruQmZ4_AW_EOzSm1vMJrvFPYcJC7Uw9jFMOgE9Vj_GGaqTIlPTrMIbmmraoQSDzPOI9TztPZqm7kEa2cIL_TBg4sxktFWcJ2AGbSGu3obXOome0a9wFZXh3Y4R/s200/pontianak.jpg)
eee takutnye....
itulah yang biasa kita dengari apabila sesuatu cerita telah diutarakan oleh si pencerita kepada si pendengar mahupun dari media elektronik atau media cetak, pada kebiasaanya ayat ini lebih menonjol digunakan oleh masyarakat pada hari ini di dalam situasi atau pekara yang menyeramkan seperti hantu, toyol mahupun benda-benda mistik yang telah dibawa dari satu mitos masyarakat yang terdahulu kepada zaman 'GLOBALISASI' yang serba canggih ini, kenapa kita jarang mendengar ayat 'eee takutnyer' ini kepada Tuhan, Akhirat, mahupun Dosa???
hantu biasanya dikaitkan dengan kepercayaan mistik yang membawa perasaan kepada seseorang untuk mempercayai kewujudan sesuatu pekara/mahluk yang berada di luar pemikiran manusia..
sedarkah kita, di zaman yang tanpa sempadan ini, mitos ini sepatutnya perlu ditinggalkan dan ianya hanya perlu menjadi sebuah 'mitos lagenda' untuk tatapan umum sebaliknya bukan di desak untuk mempercayai kewujudan hantu di muka bumi ini, yang wujud dimukabumi ini hanya Tuhan, Manusia, Malaikat, Jin dan Syaitan, manakala 'HANTU' tidak tersenarai langsung dari kewujudan 'mereka' di muka bumi ini.
kepercayaan tentang kewujudan hantu ini adalah disebabkan pengalaman manusia yang terdahulu tentang pekara yang telah mereka alami dan pekara tersebut dirasakan sungguh menakutkan dan berbahaya kepada kehidupan mereka, sehingga mereka berasa 'tergesa' untukmenceritakan pekara ini kepada umum, sehinggaia tersebar luas sehingga hari ini, dan apa yang kita sentiasa bayangkan, baik dari segi rupanya, suaranya dan kelakuanya akan menyebabkan 'mereka' akan menjelma dalam rupa bentuk yang berada di alam minda manusia.
tahukah anda yang sebenarnya kewujudan tentang peristiwa-peristiwa yang menyeramkan adakah disebabkan oleh penjelmaan syaitan untuk memesongkan akidah manusia supaya manusia yang tersesat ini dapat menjadi teman mereka di dalam neraka kelak.
oleh yang demikian, percayalah kewujudan hantu adalah palsu, kita tidak sepatutnya takut akan pekara-pekara seperti demikian, sebaliknya kita seharunya hanya takut kepada Tuhan yang maha Esa sahaja.
jadi sama-samalah kita fikirkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan