Isnin, 11 Januari 2010

F.E.N.O.M.E.N.A..

Di Malaysia, sememangnya ia adalah satu fenomena yang sangat digilai dan menggila. Ini adalah sebuah acara yang sangat-sangat berpretij dan sentiasa dinanti-nantikan oleh segenap lapisan BANGSA MALAYSIA, ia adalah sebuah acara yang sentiasa menjadi buah mulut orang di MALAYSIA, namun ia juga adalah sebagai lambang untuk MENGIKTIRAF perjuangan seni seseorang individu yang memperjuangkan kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh mereka sendiri.
F.E.N.O.M.E.N.A yang disebut itu adalah Anugerah Juara Lagu yang ke 24, yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 10 Januari 2010.
Acara yang diadakan hanya sekali dalam setahun adalah bertujuan untuk mengiktiraf bakat seni seseorang. sebnayak 14 buah lagu yang telah dipertandingkan yang mana kesemua lagu tersebut telah melalui tapisan demi tapisan untuk dipertandingkan di peringkat akhir bagi menentukan lagu yang terbaik diantara yang terbaik.


lagu pergi yang telah dibawakan oleh Aizat dengan ciptaan Pete Teo dan lirik hasil gubahan Amran Omar telah menjadi juara keseluruhan, yang mana ia telah di iktiraf sebagai sebuah karya terbaik bagi tahun 2009.
namun apa yang menarik ialah persembahan yang cuba ingin DITONJOLKAN oleh aizat adalah sangat unik dan menarik, di mana, dalam persembahan yang sanggat mengamit pendengar yang menghayati, dengan suara latang penyanyi india, telah memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya, kemudian aizat memulakan nyanyian dengan didiringi alunan alat muzik tradisional cina, bagi pendengar dan pengarang, ia adalah satu yang sangat unik selain ia dapat memaparkan semgat 1 MALAYSIA yang cuba diterpkan untuk mewujudkan keharmonian diantara kaum. ia adalah sebuah idea yang sungguh bernas dan sememangnya ia layak untuk dinobatkan sebagai karya yang terbaik bagi 2009. antara barisan karyawan yang berjaya ialah dan sebenarnya oleh Yuna, dan bercinta oleh Faizal Tahir, tahnia dan syabas diucapkan kepada pemenang yang lain... wassalam



ini lah gambar yang menunjukan aizat yang sedang mendenagkan lagi sambil diiringi oleh penyanyi india dan alat muzik cina, sunggun mengasyikan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan