Ahad, 27 Mac 2011

antara dugaan dan cabaran pendidik......

mendidik bukan satu pekara yang baru, tapi susana pembelajaran menjadi semakin rumit apabila 'kuasa' guru menjadi 'kecil'. guru hanya mampu marah dengan mulut tetapi agak sukar untuk merotan pelajar2.
sesetengah pihak media pada masa kini seolah-olah 'buta hati', apabila timbul sesuatu isu yang berkaitan dengan pendidikan sama ada pelajar dirotan atau pelajar di denda, mereka akan  mengecilkan skop pekara asas yang menyebabkan pelajar tersebut dirotan atau didenda... sebaliknya, isu yang dilihat hanya pekara kcil contoh bekas kena rotan... mereka akan membesarkan pekara tersebut seolah-olah pelajar tersebut menjadi 'buta hati' setelah dirotan..... mereka seolah-olah tidak menghiraukan perasaan guru-guru. sebaliknya menimbulkan sifat dendam di dlm hati pembaca... sedarlah.. media mempunyai peranan yang besr dalam mendidik masyarakat. Jika masyarakat telah dididik dengan keadaan sedemikian, apa akan berlaku dengan sistem pendidikan yang akan dikelolakan oleh guru-guru pada suatu hari nanti.? adakah guru-guru akan takut dengan pelajar2 dan terus dihantui dengan bayanga dan 'ugutan' ibu bapa yang akan membawa pekara tersebut kepada mahkamah?
Dalam menghadapi situasi sedemikian, banyak pihak memainkan peranan yang penting. jika hendakan cara sesuatu diselesaikan di mahkamah, ibu bapa perlu mainkan peranan yang lebih besar dari guru... bermakna ibu bapalah pendidik yang utama bukan hanya mengharapkan guru sahaja.
Namun, kini guru semakin dewasa apabila menghadapi situasi sedemikian. mereka menggunakan pelbagai kaedah dan insiatif yang besesuaian untuk berhadapan dengan pelajar dengan tanpa 'ganguan' daripada pihak media. diharap kemajuan negara yang bakal dicapai turut membawa seribu kematangan dan kerelevenan dalam berfikir kepada rakyat Malaysia..

sekian salam satu Malaysia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan