Rabu, 1 Disember 2010

Gambar antara belas kasihan dengan unik...


ha.... ni gambar profil tentang sifat manusia. perihatin lah konon, smpai sanggup korbankan sedikit ruang bumbung semata2 nk bagi peluang pokok tu menruskan riwanyatnya.......
bagus2...... nk buat bagunan xperlu musnahkan tumbuh2han yang ada....
harap kat Malaysia ade gak design rumah macm nih........ baru Malaysia Truly Asia.... hahahaha

Antara Kreativiti dan Kesedaran.....


ha yang ni gambar antara kreativiti dengan kesedaran kepada alam skitar, x perlu bakar,buang atau simpan, so jadikan tayar yang bersepah2 kat sekeliling korng tuh sebagai barng yg berguna. ni contoh la, ala2 taman tema gak, tp versi tayar punya.... heheheh.....
dh tentu kat jepun sebb lam gmbr tu mate sepet2......

Antara Realiti dan Fantasi..

hahaha..... byangkan kalau dunia jadi terbalik macm nie... garenti korang semua xnk hidup lagi.. hahahaha..
Layan.......

Ahad, 24 Oktober 2010

Lawak BayI bUanGan......

hahahahahah.........
ReNung-reNungkaN WaHai PembAca Yg Budiman....
dan jgan amalkan.. hehehehehe

Sabtu, 23 Oktober 2010

WABAK KOLERA...

Dari lporan Utusan Malysia bertrikh 24 Okt 2010, seramai 208 orng mati akibt WABAK KOLERA di Haiti..
ramai tuh....dahsyat tol.... seb baik kat Mlaysia ni ok...

so... aq cri skit info pasal pnykit ni....

ape 2 wabak kolera...?
wabk kolera adlh wabak yang berlaku akibat tersebranya bakteria  'Vibro cholerae' . biasanya wabak ni menular  melalui sistem pencernaan. ia tidak akan menunjukan apa2 gejala yg teruk selain mglami skit perut,muntah2 dan keadaan boleh menjadi KRITIKAL APABIAL MENGALMI DEHIDRASI YANG TINGGI. dhidrasi nie kehilangan air dr tubuh dgn cepat, JIKA TIDAK DITANGANI DGN SEGERA AKAN MENYEBABAKNA BERLAKUNYA KEMATIAN....AWAS!!
bakteria ni msuk ke dlm tubuh mnelalui air minuman @ makana yg tercemar oleh bekteria kolera nie.
wabak ini bly merebak dengan pantas di kawasan yang mempunyai sistem pembentungan yang lemah disamping sistem air yang x terurus..
bakteria ni gak bly ada di kawsan air payau dan pesisir pntai...
mkn kerang2 (shelfish)secra mntah2 gak ley dpt pnyakit ni...

Bakterian  'Vibro cholerae'

so cara tuk mengatasi..?
utuk megubati pnykit ni, ganti dgn segera cecair dan garam di dalam tubuh iaitu dengan mendapatkan NASIHAT DOKTOR ye...... biasanya doktor akan memberi larutan 'rehidrasi' tuk mgantikan cecair dlm tubuh, dn psakit perlu minum AIR BERSIH denagn kerap.

sumber air yg x bersih menjadi faktor utama penularan wabak Kolera.

langkh mgtasi.
1. minum air yg tlh dirawat dan dimasak.
2. makan makanan yg tlah dimasak dgn bersih, then klu buah2an tu biar lah beli yg ade kulit lg dan kupas sendiri, jgn nk senng je bli buah yg dh siap kupas.....pemalas kot....
3. jgn mgmalkan makanan laut yg masih mentah atau separuh masak.
4. makna syur tu biar yg dh masak... klu nk mkn ulam2 tu, biar ulam2 tu direndah dalam air bersih selama 1-2 minit, pastu bilas dgn air bersih smpi btl2 bersih.....
5. hindari memakan makna yg dijaja terutamanya di kawasan yg kotor..

SO UNTUK KEPASTIAN DAN MALKUMAT LANJUT, BUAT TEMUJANJI DGAN DOKTOR DAN PEGAWAI KESEHATAN NEGARA!!!

KEBERSIHAN KEUTAMAAN DALAM KEHIDUPAN.


Rabu, 13 Oktober 2010

pembawa Telesimia.

Bru-bru ni ksihtn aku sdkt terganggu.....
mudh rasa letih, kadang2 terasa sesak nafas.....
smpai stu thap demam...
dan yg pelik, di badan aku ade spti lebam2 dan dia mcm merebak..
so tkt ade ape2 yg pelik, aku ambil kptsn trs g klinik kerajaan...
sampai je kat klinik trs ambil nombr dn jmpe doktr yg brtugas.
dia x taw ape pnyakit aku, sebab dn akibat.... so dia suggest kat aku tok buat blood test. 
darah yang diambil lebih bnyk dr yg biase ... plik......,
so kptsn diperolehi....... ape yg trctt pon aq x taw....
so aq diarahkn tok jmpe doc tadi..

JSLF: doc mcm mne kptsn darah sy..
Doc: ermm... brdsrkn kptsan yng dprolehi, sel drh merah awk ada masalah.
JSLF: mksd doc?
Doc: ok listen crefully ya.. scra ksluruhnya, darah awk ok, but sel darh merah awk ada masalah sedikit.
JSLF: Maksud doc?
Doc: kemungkinan sel dara merah awk mempunyi bentuk yg kurang normal spt biasa.
JSLF: jadi?
Doc: Kmungkinan awk mempunyai Amenia, tapi itu cuma jangkaan awal...
terkejut ala2 berok lah jugak aku..... aq ade mslah pnykit....MasyAllah.....
JSLF: Anemia tu ape palk doc?
Doc: Anemia tu adalah sjnis nyakit berkaitan dgn sel darah, pd kbiasaanya pengidap Anemia ni mempunyai sel darah merah yang kurang dan sel darah putih yang lebih.....
Doc: ok, now, u dont give up, juz relex ok.... ini cuma jgkaan awal shj. dan darah yang kami ambil tadi sebahagianya akan dihantar ke Hospital Besar *#&$ untuk maklumat yng detail, dri kputsan ini sy boleh sahkan sama ada awk ada hidapi pnyakit atau awk sihat.
Doc: ok, now i'll give u some medicine. next mon plise come back and do again blood test and see me again ok...
Doc: yang berkaitan dgn lebam2 di bdn awak, xde tnda2 berkaitan dgn masalah darah @ kshtan awk, sy rasa ia cuma gigitn serngga.
JSLF: owh...ok doc, thanks..

pada bulan seterusnya.

spti biase aku dtg ke Klinik Kerajaan yg berhmpirn kdiaman, sampai aq ambil angka giliran tnggu turn ambil darah bersam2 surat yang doc bagi bulan lepas. terus ke bilk ujian darah, then ambil darah n trus jmep doc,  kputusanye..........

Doc: hello,  how are u....
JSLF: ok im fine, thanks...
Doc: good... ok lets look your blood test result.
Doc: ermm... sel kuntiti darah merah awk semakin baik dan sel darah putih awak pun sudh normal, but sel drh merah awk masih tiada perubahan lg...
JSLF: jadi doc, bgaiman dgn kshtn sy?
Doc: ok awk ade rase x kdg2 letih yang teramt sgt?
JSLF: yes doc, ada.
Doc: ok, ade rase spt lemah badan?
JSLF: ada doc. sometime bdn jd mnggigil then trus berpeluh2.
Doc: ok, skrg sy nk tanya. ada x keluarga awk yg mnghadapi simptom2 macm awk hadapi ini?
JSLF: ermmmm. xda. knapa doc?
Doc: sy x boleh buat rumusan sekrng, kerana msih menunggu kputsan blood test awk dr hospital besar *&#@.
JSLF: kenapa dgn kshtn sy doc?, anemia sy smkn teruk ker?
Doc: Anemia, dh ok, coz sel drh puth awk normal, tp sel darah merah awk kmngkinan besar ada kaitan dengan pembawaan TELESIMIA.
JSLF: yer ke doc? mcm mna sy blh trkena?
Doc: TELESIMIA ni ada dua faktor 1. gen pembawaan dari ibu bapa awk. 2. dri cara pemakanan awk.
orng yg mnghidpi TELESIMIA ni biasanya tidak ada beza dgn org yg bukn pembawa klu tgk dr fizikal.
tp telesimia ni klu berada pada tahap yg kritikal. ia akan memberi kesan pada hati, dan perlu memasukan darah kerana berlakunya lebihan zat besi di dalam badan.
JSLF: jd sy pada tahap mcm mana skrg?
Doc: awk masih d peringkat awal. jd klu awak ada makwa atau tunang, sy nsiatkan awk suruh dia buat ujian saringan TELESIMIA. klu dia ada..... awk perlu berbing, kerana jika pembawa telesimia berkahwin dengan pembawa juga, ia akan memberi kesan kepada zuriat mereka.
JSLF: ok.. tp doc ni cuma jangkaan shj kn?
Doc: yup berdsrkan ujian darah awak di makmal klinik ini. ok nnti bile kptsn ujian dr Hospitl Bsr sy akn hubngi awk ok. dn ubt yg sy bg tu awk x perlu teruskn makan.
JSLF: ok doc, thnks.

so, aku dh dpt tahu knpa slma ini kshtn aku sllu trganggu. apa yg aku prlu buat skrg, jg pemakan dn kshitan aku.
 
p/s: ujian sringan telesimia ada di hopital n klinik krajaan atau swta. so korang2 yg d luar sana aku srnkan buat sringan tuk tahu status kshtan korang, lebh2 lg psgan yng nk berkhwin.....wish good luck. :b

Isnin, 11 Oktober 2010

Prektikum + Posting & Tips Temuduga.

Bile cakap pasal prektikum, msti dh terbayang posting.
prektikum ni juz sebagai syarat wajib untuk seseorang mahasiswa yang mengambil jurusan bidang pendidikan sebelum mereka graduet. prektikum atau lebih mesra dipanggil sebagai Latihan Mengajar (LM) ni adalah sebagai syarat wajib untuk seseorang tu bergelar profesional dalam bidang yang mereka ceburi..
tp bile melihat senarai nama penempatan untuk prektikum punyalah ramai....

Terbayang lah pulang penempatan untuk mengajar nanti... bayangkan beribu-rubu orang akan berebut-rebut untuk dipilih ke tempat mengajar.. temapatnya pulak bukan banyak, tapi sedikit sahaja. keputusan temuduga baru-baru ni untuk penempatan mengajar *^&#@!#!! adalah gagal.. jadi terpaksala mereka2 ni semua yang nak jadi cikgu bersedia dari sekarang sebelum tiba masanya...  

Antara persediann yang perlu dilakukan dari sekarang ialah:

1. Tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. mana2 yang lemah bahasa inggeris tu, harap2 dah boleh buat2 ape yang patut.
2. Tingkatkan Penggunaan Bahasa Malaysia yang paling2 standard........ pham2  le ape maksud teman tu eyer.... hahaha
3. Bina keyakinan dan personaliti yang baik + terbaik = cemerlang, kerana seorang guru akan dinilai berdasarkan personaliti yang terbaik diantara yang terbaik.
4. Buat perisapan yang sepatutnya sebelum temuduga.
5. Tetapkan niat yang betul dan dilakukan kerana Allah Taala, (bagi bukan islam tu, padai2 lah ea).
6. Berdoa dan tawakal...

jadi, ape yag aku cadangkan diatas tu adaah sebahgian persiapan senjata yang perlu dilaksanakan sebelum tiba masanya ea.. semoga guru-guru keluaran UPSI adalah yang terbaik diantara yang terbaik... InsyAllah..

Khamis, 7 Oktober 2010

Hot Spring Sungai Kelah, Perak

Hot Spring atau lbh dikenali sebgi mata air panas most popular kat Selatan perak lebh2 lagi kat Tg. Malim. hot spring ni lbh kurang mcm tmn tema, ade kolam air panas dan ade kolam air sejuk, bly pergi dua2 kolam tok bersuka ria....
masuk murah jer RM 10 untuk sehari kot...taman tema ni diuruskan oleh Felda Holding... 
p/s: tok student xde harga discount lar...
klu nk pegi better pegi pagi la, coz sejuk2 bes mandi air panas nie.klu nk bermalam pun boleh sebb syele disediakan, selain madi-manda ade gak prkhidmatan laen spt spa, rumah mandi wap dan lain-lain..
kolam air panas yang disediakan adalah antara kolam air panas yang real, memang semulajdi bukan ade hitter yang panaskan air2 tu, memang menarik...
kami pergi sekumpulan rombongan besama-sama rakan ke sana tuk membuang segala tension...
ade member yg susah nk happy pon boleh happy,
 khsiatnya selepas mandi air panas badan jd leby segar n rase terleby ringan lah pulak badan nie....
first2 masuk kolam tu, mmng rase mcm kulit terbakar, by the way, juz relx a mint u all akan rasa lebih selesa dan relex...
jalan untuk masuk ke kawasan ini memakan masa lebih kurang satu jam dari Tanjung Malim, dan perlu melalui kawasan yang bercerun dan berbukit, jalan di kawasan tersebut kecik, dan perlu berhati2 terutamanya kepada anda yg drive waktu malam. anda akan melalui kawasan felada dan penempatan felda dan persimpangan kampung orang asli sebelum sampai ke hot spring. yup satu perjalanan yang sangat menarik.


Dihadapan kawasan kolam Mata air panas, Hot Spring

Kolam mata air panas, Hot Spring.

Kolam air sejuk.

ni lby kurang cam tiket ar nk msuk genting, klu nk benda ni kluar ar 1o hinggit je....

kebanyakan pengunjung datang dari KL, Singapore dan pelancong yang dah taw ade hot spring kat perak nie. so aq suggest klu nk g melancong tempat ni popn menarik gak, coz jauh dari kota dan terletak di tengah2 hutan... menikmati keindahan alam adalah satu kenikmatan yang terbaek...

YANG PENTING ADALAH TERBAEK....

Bagaimana untuk kelihatan menarik.

yer, memang bile kita terasa diri antara yang terbesar 'antara' rakan-rakan yang lain memang jadi perhatian, baik kutuk, gurau xpon perli baik punya....
Itu pekara biase yang dialami oleh orang yang sama besar macam aku, by the way, depent kat empunya diri tuk nmenilai kritikan2 yang berdas-das dr mulut manusia yang celupar.. klu aku lbh gemar tok brfikiran positif dan anggap apa yg dikatakan oleh raka2 sebagai semagat pembina x pon motivasi kepada diri sambil berguraw2 bersame2.

Rase nk kurus, sentiasa melihat menawan, cantik, kacak dan sebagainya memng idaman semua orang, tetapi klaw nk sesuatu kenelah usaha jgn skdr melepas batuk ditepi tangga ja.....dan ingat! kalau usaha tu x perlu sampai memaksa atau menyiksa diri sendiri dan akhirnya memakann diri sndiri.
tuk cara yang aku amalkan sekarang ialah dengan:

1. Amalkan pemakanan yang seimbang, lebihkan makan sayur dan buah-buahan terutamanya buah-buahan dan kurangkan makanan yang bergoreng dan berlemak. lebihkan minum air masak sekurang-kurangya 7 gelas sehari.
p/s: breakfast jgn tinggalkan klu boleh minun air masak segelas dan sekeping biskut sudah memadai.

2. Amalkan gaya hidup sehat seperti bersenam paling kurang 1-2 jam bagi seminggu. (klau ada tidak mempunyai masa, senanama ringan boleh dilakukan din dalam kawasan rumah sahaja). 
p/s: aq klu xde mase, aku akan ambil mase seperti pergi kelas dengan jalan kaki dari rumah, boleh dikira sebagai senaman jugak. 
* makan tengahari tidak perlu terlalu berat dan padat cuma sekadar mengisi perut yang kosong,
* makan waktu malam jangan terlalu lewat, sebaliknya lebih sesuai makan pada waktu selepas magrib mahupun dalam kol 8 malam ke bawah.

3.Tidur yang cukup 8 jam sehari, kerana tidur yang cukup dapat membantu membina bentuk badan yang menarik dan kesegaran sepanjang hari.

4.  Bagi muslim, amalakan puasa sunat setiap hari isnin dan khamis, kerana bg orang yang besar macam aq adalah lebih cendrung untuk sentiasa mengunyah makana, so bile puasa, dapat gak belajar memperlahankan aktiviti mengunyah tu..

5. last sekali, dapatkan nasihat dokter peribadi anda tentang amalan penjagaan berat badan yang betul, ini penting kerana dktor boleh membantu dalam mengurangkan berat badan ini.

Jadi, aktiviti yang aq senaraikan diatas adalah antara yang terbaik pernah aku lakukan kerana ia telah memberi kesan yang besar dalam pengurangan berat badan aku.Klu dulu berat badan aku 75kg tp sekrang dah jadi 67kg dalam masa 3 bulan. yang penting usaha dan perlu bersabar...
selamat mencuba dan semoga berjaya.

~DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU PERLUA ADA USAHA~

Khamis, 5 Ogos 2010

d saat akhir aku....

masa terlalu 'menyebokan' diri ini untuk aku truskan karya-karya tidak bernilai di dalam blog yang serba usang ini.......
kerja yang berlambank2 dengan tugasan tambah pula kajian yang perlukan kotmitmen yang tinggi.
adoiiii
satu dugaan yang amat besar tok aku kendong sebgai pelajar....
memandangkan ini tahun akhir aku....
jadi semangat aku tok meneruskan pengajian ini
terus membara,
diharap pada semester yang baru ini aku dapat meneruskan perjuangan di gedung ilmu dengan penuh tabah dan diberkati Allha. Amin.....
wish Good Luck for me... hehehe....

Isnin, 5 April 2010

kini aku bebas dan bosan...

salam sejahtera,
huh! selepas berhenpas pulas selama 14 minggu denga pelbagai tugasan dan gerak kerja, baru sekarang aku dapat bernafas, dan perlu menarik nafas sedalam mungkin untuk aku gunakan semasa menghadapi peperiksaan akhir nanti.

Tugasan terakhir cadangan penyelidikan, sebelum mendapat kelulusan untuk melakukan penyelidikan (tesis) sebagai syarat graduet pada tahun 2011 nnti, ayoyoyo.....
banyak2 tugasan, cadangan penyelidikan paling susah nk selesaikan, pelbagai karenah birokrasi, dugaan dan pelbagai halangan untuk melakukann cadangan penyelidikan sewaktu pergi ke lokasi kajian, itu baru je cadangan penyelidikan, belum lagi penyelidikan yang kene buat betul2, insyaAllah mudah-mudahan urusan  untuk siapkan tesisi ni dapat dilakukan dengan mudah dan tanpa sebarang masalah dan dapat dilaksanakan dengan jayanya, Amin......

Kreatif beb bro nie, xde kaki tp lukis sendiri kaki beliau demi mendapat kepuasan diri (huk3 iklan jer)

macam2 pengalaman baru yang aku temui sama ada ragam rakan-rakan tugasan sampai ke tenaga pensyarah yang pelbagai karenah dan ragam..... sebagai pelajar perkara tersbut adalah perkara yang perlu di lalui dan ia adalah pekara biasa.....
bile dok ngadap tugasan jer rasa tertekan, tp bile dh x de tugasan rasa mak aii.... lagi lah bosan yang amat x taw nk buat pe.... klu blik kg klas masih ada lg, klu x g rugi ar..... xpe aku akan hadapinya dengan penuh keimanan dan kesabaran InsyaAllah.....hehehehe...
apa2 pon pengalan mengajar seseorg erti hidup yg sebenar, orang kata jauh perjalanan luas pandangan....lg pon perak dengan johor tak lar jauh mana pon.....
apa2 hal aku disini meminta ampun dan maaf kepada rakan-rakan yang tersa atau x puas hati dengan kekurangan diri ini, diharap sagala kesalahan sama ada besar mahupun kecil dapat dimaafkan dan sesungguhnya yang lemah itu datang dari dalam diri dan yang hebat itu datang hanya dari Allah Taala.....


Ahad, 4 April 2010

Industri Muzik dan kesunyian....

Salam sejahtera......
huhuh tergerak fez nk bercerita tntang industri muzik negara kita.......
tp sebelum tu, Tahnian kepada bintang2 yang popular malam tadi, huk3....
bile sebut industri muzik Malaysia, apa yang kita akan bayangkan?? mngkin sebuah industri yang seakan2 nyawa2 ikan, atau pun seperti bunga yang kembang xmau layu pon x mau atau batu yang kadang-kadang tenggelam dan kadang-kadang timbul....
negara kita sebenarnya dikurniakan dengan barisan karyawan yang setanding dengan karyawan dunia, bnayak kejayaan demi kejayaan yang kita blh lihat dari sudut pengiktirafan antarabnagsa, namun mengapa masih wujud perkataan industri muzik yang merosot??
sebenarnya, kehebatan dan pertahanan industri seni tanah air adalah bermula dari dalam negara kita sendiri, cuba kita lihat berapa peratuskan penggemar muzik/seni gemar kepada muzik dari luar berbanding dengan muzik dari dalam negara? mungkin lebih tinggi berbanding muzik dari dalam negara... mengapa??
baru-baru ini, terdapat 2 persembahan konsert dari negara sebenrang telah diadakan di dalam negara kita sendiri, mengapa mereka boleh menembusi pasaran negara kita sedangkan berapa ramaikah karyawan dan artis kita yang mampu membuat kosert di negara mereka, dan adakah mereka diterima? mengapa keadaan sedemikian berlaku, sedarkah anda bahawa sesebuah industri muzik yang berjaya mampu menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi negara dan manfaatnya boleh dinikmati oleh rakyat sendiri. 
jika kita lihat hari ini, banyak stesyn radio dari dalam negara kita sendiri yang dicipta oleh 'anak jati Malaysia' sendiri berlumba-lumba untuk mendenagkan lagu-lagu dari negara luar sedangkan banyak lagi pilihan lagu-lagu dari dalam negara yang boleh didendangkan tanpa ada kekurangan, teruk sangat ke muzik tanah air kita, tak cukup kreatif ke mereka? begitu juga dengan stsyn telivesyen Malaysia, mengapa mereka berlumba-lumba untuk menayangkan sesuatu yang baru dari negara seberang sedangkan ia tidak setimpal kepada artis-artis dan keluaran industri seni dari negara kita...
mungkin anda berfikira saya sebagai berfikiran tertutp dan tidak berkembang..... namun lihat lah sendiri indstrin seni dari dalam negara yang terpaksa bersaing dengan 'bahan' dari luar di dalam negara sendiri. jangan sampai wujud tahap penghabaan industri kepada negara sendiri oleh 'bahan' dari luar.. beringat sebelum berlaku..
kualiti artis kita rendah ker? atau kualiti seni mereka masih ditahap lemah? kalau mereka semua sedemikian, mengapa mereka boleh diterima oleh 'rakyat Malaysia'? mengapa mereka boleh dipertandingkan diperingkat antarabangsa dan diterima/diiktiraf sebagai pemenang....
come on Malaysia, sokonglah industri muzik tempatan, kita perlu membela nasib negara sendiri, kepada pihak yang tertentu, ubah lah sikap tersebut, tanamkan semangat patriotik, sayngkan negara sendiri, utamakan dari dalam negara baru orang luar pandang Malaysia ini hebat rupanya kesanya kepada kita sendiri.....

Ahad, 21 Mac 2010

Penyakit Remaja masa kini.

Baru-baru ini di dalam surat khabar boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja kes yang melaporkan mengenai masalah pembuangan bayi, masalh ini sememangnya sangat trgis, mengapa mereka yang terlibat terlalu mengambil jalan yang mudah untuk melakukan semua ini, tidak ambil peduli dengan zuriat yang dihasilkan sendiri secara haram atau sebaliknya.

Sebenarnya, masalah ini telah berlaku sejak sekian lama, namun kejadian ini seolah-olah telah menjadi rutin  kepada si pemangsa (pelaku zina) untuk melakukan masalah ini. Tanpa perasaan belas kasihan, ada yang sanggup menyumbat anaknya ke dalam tangki pam tandas, tidak kesian ke? kemana sifat kemanusiaan mereka? ibu bapa mereka tidak ada ajar tentang agama atau mereka sudah buta dengan akhirat, hanya nampak dunia sahaja?Wallahu'alam...

sebenarya terdapat beberapa faktor yang telah mendorng kepada berlakunya masalah ini antaranya keimanan. Kebanyakan hubungan terlarang yang terjadi ini berlaku adalah disebabkan oleh keimanan yang sangat lemah. Apabila 2 pasang kekasih yang menganggap cinta mereka sesangat suci yang tidak dijamin mempunyai sebarang ikatan dan kerap kali berjumpa telah mendorong untuk mereka melakukan pekara yang tidak sepantutnya berlaku.

Selain itu, kebebasan yang diberikan ibu bapa kepada anak-anak mereka telah mengakibatkan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa sebarang pengawasan. sebenarnya peranan Ibu Bapa adalah paling utama di dalam pembentukan anak2 mereka, ini kerana anak-anak yang meningkat remaja perlukan pembimbing untuk membantu mereka mencari jalan yang benar untuk mereka, nmun ini bukan bermaksud ibu bapa perlu mengongkong mereka, sebaliknya ibu bapa seharusnya bijak dalam bagaimana untuk mengetahu segala tindak tanduk anak-anak remaja mereka, ibu bapa perlu menjadi 'rakan' kepada anak2 remaja mereka bukan pegawai yang mengwal ketat anak-anak mereka, jika keadaan ini berlaku ia akan merumitkan keadaan dan memberi tekanan kepada anak2 remaja.

Memng tidak dapat dinafikan, remaja memerlukan kebebasan, namun kebebasan yang diberi haruslah di hadkan seperti kurangkan keluar malam, sentiasa mengambil berat atau cuba mendekati mereka, ini kerana pada waktu ini mereka berada di dalam keadaan yang tidak menentu 'keliru' dengan pilihan hidup mereka, jadi bimbingan agama dilihat pada waktu ini adalah sangat perlu bagi mencorak masa depan anak-anak yang lebih baik.

Selain itu, konsep cinta-cintan yang digunapakai untuk hidup konon adalah bertujuan untuk mengenali hati budi masing2 dahulu sebelum berkahwin, memng tidak dapat dinafikan berkenalan adalah perlu sebelum membina masjid, namun tidak bermakna berkenalan sampai wujudnya cinta yang dihantui nafsu shwat dan perlu berjumpa setiap masa bagi mengelakan berlaku curang atau 'melepaskan rindu'? ini semua hanyalah untuk mereka yang telah berkahwin bukan mereka yang tidak mempunyai sebarang ikatan. pada waktu ini si pemangsa akan mengambil kesempatan kepada mangsa yang dikatakan 'buta hidup' yang sanggup menyerahkan kehormatan diri mereka sendiri dan akhirnya berlaku pembunuhan janin, atau bayi yang cukup sifat.
Tidakkah kau kasihan dengan mereka??
oleh yang demikian, sedarlah kita sebelum terlambat, pelbagai mekanisme yang perlu diambil bagi menagani masalah ini, namun ia tidak seharusnya diletakan di satu pihak sahaja, tetapi semua lapisan masyarakat perlu mengambil bahagian atau peduli tenatng pekara ini bagi mengurangkan masalah ini dari terus berlaku.. Wallahu'alam....

Isnin, 8 Mac 2010

PERISTIWA 13 FEBUARI 2010 (E4)

Assalamualikum dan salam sejahtera.

yok! kita smbung cerita seterusnya.
bila dah sampai sana kami main semua permainan yang hebat, sampai x ingat dunia....
jam menunjukan pukul 18.00PM bermakna kami perlu gerak dari GH park ke tmpat Skyway sbb tiket bas kami akan bergerak dari GH ke KL jam 19.00PM, jadi masa 1jam untuk perjalanan ke bawah memang sangat-sangat cukup, terpaksa tunggu kawan-kawan yang lain tgh solat sebb main sampai xingat dunia, jadi tunggu itu, ini lah njam nnmenunjukkan pukul 18.04PM, alamak betul2 dah suntuk nih, so tunggu-punya tunggu jam menunjukan 18.10PM mereka sampai, aku rasa lega sikit, tp kami berlari2 anak untuk sampai cepat, takut bas terlepas macm pagi tadi.... ados...

sampai2 jer kat terminal skyway tuh, mak ai... kami terpinga-pinga, mcm nampak hantu! adios.... betul-betuk buat kami seram... Ya Allah! kenapa kau buat kami macm nih, sungguh berat ujian yang kau kurniakan kepada kami.....
ape yang mengejutkan kami,orang yang beratur di terminal berlapis-lapis, panjang giler, x tercapai akal kami, ahak3...masing-masing redha sahaja apa yang akan terjadi kepada kami selepas nih, sama ada bas tinggal kami atau kami bernasib baik....
pergerakan kami terkandas di terminal tersebut selama 15 minit, kami naik kereta kabel jam 18.30, harap-harap sempat sampai sebelum bas bergerak....
di dalam kereta kabel kami sekali lagi diasyikan dengan panorama senja, sangat menarik sampai kami terleka dnga apa yang sedang kami hadapi ini....

kami tiba di terminal bas tepat pada jam 19.00PM, jadi kami tidak ada masa nnk tgk kiri kanan lg, apa yang pnting pekara yang terjadi pada pagi tadi tidak akan berulang lagi., para pengunjung melihat kami terpinga2 dengan
seribu pertanyaan, arghhhhh..... aku x nk tahu semua itu, apa yg pntg bas x tinggal kami lg..... kami berlari sampai tercungap2 sukar nk bernafas, arghhhh dr jauh kami nampak bas tuh, sedang menunggu sisa2 penumpang yg lain, Alhamdulilah aku bersyukur sgt kepada kau ya Allah....

perjalanan kami ke KL tidak mengalami apa masalah, sebb aliran trafik jam ke arah pantai timur, ke KL pergerakan lancar. kami menghela nafas panjang, fikirn aku tertumpu kepada bas dari KL ke Tg. Malim plak, sampai KL dalam jam 20.00PM jadi hafiz mencadangkan kami turun ke KL sentral, sbb dr sana kami cadg nk naik KTM Komutr dr KL ke Tg Malim. setibanya kami di KL sentral, kami terus pergi ke kuanter Komuter, alamak!! arghhhh... sekli lagi, tidak..... tiket komuter dh habis, sebb masa perjalanan ke Tg Malim dah tamat!!, jadi petugas kaunter mencadangkan kami try tanya KTM shutel, sebb KTM shutel bergerak dr KL ke Ipoh sampai jam 22.00PM, jadi kami berlari2 anak untuk pergi ke kaunter ktm plk.. ados, tiket dh abis... aduiiiii.... kmi terpinga2 nk cari alterntif lain.. dh xade jalan lain, kami cari tiket LRT tok pg ke Puduraya jgk, jam dh pukul 20.30PM, tnggu komutr kn stsyen bank negara alamak ai punya lah lame, asik pospon jer masa dia, x pa kami betawakal, klu bas ke TM dh xde, kmi tiket tido kat puduraya gak... bertolak esok pg2, sebb amat nn hafiz nk ambil barang tok blik ke kg masing2, aku xpe sbb aku cadang nk lepak kat umah sehari dulu, siapkan asigment siket br gerak blik, tp diorg dh bli tiket masalahnya, kesian kau tgk depa.... kami naik komuter dr KL sntrl ke Bnk negra, di sebabkan kami terlalu letih smpin otak pon x bejln dgn berapa baik, tambh serabut kepala dengan apa yg kami alami ini, setiban stesyn berikutnya...."MID VELLY", aik asal cam pelik jer....dah sah memng salah tren nie..... ados, dugaan.... setibanya kami di mid velly, kami tukr tren ke bnk negra, setibanya di bnk negara jam pukul 21.00PM, kami pasrah apa yang terjadi ketas kami dar pagi tadi....setibanya ke bnk ngra, kmai beli tiket STAR ke puduraya dari stesyn bndaraya.

setibnya kmi ke puduraya, kami trus ke kunter tiket tg malim, walaupun pasrah, dalam keadaan yang letih,sedih, gmbira dn segala macam lg lah yg kami rasa hari tuh, apa yg x disangka2 bas ke Tg Mlim still ada lagi, pergerakan terakhir jam 21.30 PM, alhamdulilah.......
dan kami menaiki bas tepat jam 21.30PM dan bas bergerak ke TM jam 21.45, sebb tunggu penupng lain..... kmi duduk di dalam bas sambil menghela lelah di badan yag dh memang melekit gila babeng! huk3, tp xpa yg pntg kmi dalam perjalanan ke TM dgn perasaan puas....
sepnjg perjlnan kmi terfikir apa yg berlaku sepanjang hari pada 13 febuari 2010, mngkin ada hikmahnye sampai berlaku sedemikian....
dan ini adalah kenagan aku dan rakan2, kenangan yag terindah bagi kami, dan kami akan ingat sampi bila2,......

ahak ni lah pic yg aku dapt dr fon aku yg msih ade betri lg...
kawan2 skema tp gila2......

Ahad, 7 Mac 2010

PERISTIWA 13 FEBUARI 2010 (E3)

Assalamualikum, adus, terasa malas aku nk edit blog nie, tugasan yang melambak-lambak nk buat dalam masa yang singkat, satu dugaan dari Allah! tp xpe ar aku tetap kna hbskn cerita ni,
hahah ape ar, nk citr pon sampai berepisod2 (biasa ar suke buat kerja betanguh2, memang lamat nnnak siap).
ha ni sambungan cerita sterusnay,

Perjalanan dari pusat skyway ke puncak Genting Higland mengambil masa selama 30 minit sepanjang 6 km. ape yang menarik ketika kami menaiki skyway ini, di sepanjang perjalanan kami dapat menikmati pemandangan flora dan fauna yang begitu menarik hati. alangkah menariknya alam ciptaan Allah yang maha Esa, dan aku bersyukur sebab dilahirkan di Malaysia, sebab walaupun pembangunan begitu pesat di sekitar kawasannya, tetapi masih terdapat alam sekitar yang masih terpelihra.(ni pun mungkin kesan daripada keadaan genting higland yang dikatakan semakin kurang sejuk). sepanjang perjalanan,masing-masing hanya diam 'seribu bahasa' tidak bersuara langsung, hanya menikmati pemandangan yang indah dan udara yang segar seperti sedang membuka peti ais menerjah masuk kedalam bagasi kerta kabel yang kami naiki. huhuhuhu

Setibanya kami di puncak genting higland, kami terus menuju ke kaunter pembelian tiket, perjalananya agak sedikit mengelirukan sebab banyak sangat tangga yang tinggi2 dan jalan yang penuh berbelok-belok, jadi keadaan agak sedikit penat, sebab terkejar-kejar,(sebb aku dah set dalam otak nak smapai awal then main puas-puas). setibanya kami ke kawasan kejadian, kami mula-mula nampak buaian pusing, so aku ajak mereka menikmati keseronokan permainan ini,(dari riak muka mereka, seperti menjengkelkan sebab nampak permainan itu seperti permainan budak-budak) nah kesanya, aku dapat melihat eksperisi muka mereka yang dapat menikmati keseronokan tesebut. aku rasa sedikit berpuas hati dan lega. sebb yang sorang tu aku lihat seperti tidak gemar pasal hiburan, tu yang agak sedikt leceh, (ops!! sorry klu ade yang terasa) tapi sleepas bermian aku yakin mereka akan terhibur punya. selepas permaina buaian pusiang tuh, aku menyusun strategi untuk masa yang sangat singkat ini, untuk memastikan mereka benar-benar menikmati keseronokan itu, jadi aku syorkan untuk mereka bermain spece short, dalam banyak-banyak permainan, permainan ini yang aku gila-gila untuk main, huhuhuh, sebab dalam permainan ini aku akan jerit sekuat-kuat hati, dan waktu inilah saat aku melepaskan segala-galanya, masing-masing berasa gementar saat tiba giliran untuk menaiki space short ini, selepas menaikinya, mmereka akan berpuas hati, rasa seronok dan XITED untuk meneruskan permianan yang seterusnya. tapi sebelum kami meneruskan penerokaan yangb hebat ini, kami singgah solat zohor di sebuah surau yang disediakan. so nk cerita lagi, nnti ar, aku ken buat tgsan aku du, klu dh siap yang nnih kita sambaung lagi.....wassalam.

Rabu, 24 Februari 2010

PERISTIWA 13 FEBUARI 2010 (E2)

Assalamualikum.
ha mmng x sempat menyempat aku nk editblog nih,
mmng Buzy btol dgn Tgsan,Aktivit n Khidupan... hurmmm
nk smbung blik episod strusnya nie...

sewaktu bas pergerakan ke Genting Higland untuk jam 11.00a.m tiba (bas nie lewat 1 jam) bas nie datang bersama-sama dengan bas jam 11.30a.m jalan dengan penuh bangga dengan tanpa rasa bersalah, datang untuk mengambil penumpang yang dah macam 'cacing kepanasan' huhuhu, aku dah betul-betul tension, marah dan panas hati nih (dah ar bwah tuh tmpt tunggu bas panas past2 penuh lak dengan asap pencemar,adoi..) masing-masing menaiki bas dengan perasaan yang teramat bahagia,hahahaha.
Bas mula bergerak menuju ke destinasi yang hendak dituju. kami berharap bas dapat berjalan dengan lebih lancar dan harap-harap bas ni boleh mencari alternatif jalan lain untuk elak kesesakan jalan raya.
ok, nmpaknya doa aku termakbul (hahahah), bas ini tidak ikut lebuhraya PLUS tapi dia ikut lebuh NKVE tembus ke lebuhraya DUKE. tapi malang tidak berbau kan, nasib tidak menyebelahi kami, bas yang kami naiki terkandas dalam kesesakan jalan raya, yang bermula di Gombak, kami fikirkan kesesakan jalanraya ini hanya mengambil jarak beberpa kilometer sahaj, tetapi tunggu punya tunggu harap-parap, kesesakan lebuhraya ini dapat pulih seperti biasa, tapi harapan hanya tinggal harapan (hahaha), kesesakan tetap dengan jem macam beratur nk masuk ke kandang lembu da....,
aku dh terseksa dalam bas, boring, asik tngok jalan yg jem, tapi malang tetap malang, kesesakan berlaku secara terus menerus tanpa ada penghujung,
kepada pengguna Lebuh pantai timur ini aku rasa mereka perlu kekutan mental yer ar, aku yang menumpang ni pon dh tension, belum lagi kalu yag bawak kenderaan, dah lah tesion, pastu penat kaki asik main minyak ngan Cluth almaklumlah, jalan berbukit-bukau then berliku-liku lak tuh....
Setelah hampir 2 jam (sepatutnya ambil masa 1 jam) kami bersama-sama dengan 'ore pantai timo' di atas higway, kami sampai ke persimpangan Genting Higland, jalan ke GH agak sedikit lengang, dan akhirnya kami sampai ke GH tepat jam 02.00p.m, semangat nk berholiday ade ar bertambah sedikit, tetapi agak sedikit kalut, sebb masa bebetul dah suntuk, jadi kami sampai terus beli tiket skyway naik kereta kabel untuk sampai ke puncak yang mengambil masa 30 minit, walaupun lama tapi kami tida rasa ia adalah lama, sebab dapt menikmati keindahan Flora dan Fauna.
setibanya di puncak Genting Higland...... erm... kita sambung cerita len kli ar, aku nk solat n nk kluar ade hal......ok cow.

Ahad, 21 Februari 2010

PERISTIWA 13 FEBUARI 2010 (E1)

Assalamualikum dan salam sejahtera....
pertama sekali kepada kawan-kawan yang terlibat di dalam cerita ini, aku minta laluan untuk tatapan umum yer. huhuuu
ini adalah sebuah peristiwa yang sememangnya akan kekal menjadi kenangan di dalam hidup kami yang telah terlibat secara langsung tidak kira sama ada suka atau duka sepanajng hari pada 13 febuari 2010 berlangsug.
kejadian bermula pada pagi hari pada 13 febuari 2010, pada waktu pagi yang hening, aku bergegas untuk bersiap-siap solat subuh dan bersedia untuk meneruskan perjalanan yang telah dirancang, aku,amat dan Hafiz, kami semua rancang untuk pergi bercuti ke Genting Higland yang telah dirancang selama tiga minggu dari tarikh ini. memang lama, mesti dah rancang baik punya, huhuhu, kami telah beli tiket siap-siap pada semalam dari tarikh ini, aku dan hafiz telah rancang untuk bertolah pada jam 07.00 AM, jadi kami beli tiket bertolak pada jam 07.00 am.
Pada pagi yang sejuk itu, aku dan hafiz bergegas untuk bersiap-siap, tapi apa yang malangnya amat masih tercegat baring diatas kati, jam sudah menunjukan pukul 06.45 am, his tak boleh aku kalau macam ini, tertinggal bas kang.. nak tunggu amat bersiap n solat memang suatu penungguan yang agak menyiksakan........dan akhirnya apa yang kami risaukan telah menjadi kenyataan apabila bas tersebut telah meninggalkan kami, penyesalah terpampang diwajah rakan-rakan aku, dan apa yang kami perlu lakukan seterusnya, kami terpaksa membeli tiket sekali lagi untuk perjalanan ke KL pada jam 07.30am. patutlah amat boleh lepak bila bangun pagi, rupa-rupanya dia menyangkakan perjalan kami bermula pada jam 8.00am. pehhhhh perit tol dengar, bukan nk tanya siap-siap, tp salah kami jugak sebab terlupa untuk bagi tahu jadual perjala kami kepada amat, jadi sama-sama salah...hurmmmm
Setibanya kami di Puduraya, Kuala Lumpur, kami bergegas ke kuanter penjualan tiket untuk perjalanan ke Genting Higland,aduhhh sekali lagi perkara yang dirancang tidak menjadi, apabila kami terpaksa membeli tiket bergerak dalam jam 11.00am, pergh.... sekarang baru jam 09.00am kita terpaksa tunggu 2 jam di Kuala Lumpur. jadi dalam masa 2 jam itu, kami ambil peluang untuk mencari tiket pulang ke kampung pada keesokan hari, dan terus pergi cari makanan sebab kami belum sarapan pagi lagi. jadi klu di KL ape yang ada pagi-pagi dan paling dekt dengan Puduraya ialah KFC, jadi kami balun je peg makan kat KFC, kebetulan orang ramai dan pekerja tidak ramai, jadi kami terpakasa beratur panjang-panjang, satu penyiksaan... huhuhuhuhu...
selepas selesai makan di dalam KFC tuh, kami pergi ke platform 13 di Puduraya untuk tunggu bas bergerak ke GH. sekali lagi perkara yang perlu kami tanggung, aduh sakitnya hati aku, lama kami tunggu bas tapi tidak muncul-muncul pada waktu yang telah ditetapkan, tidak tahu dimanakah bas tersebut, rasa macam nk blik semula, malas nk teruskan perjalanan pada peristiwa 13 febuari ini, tetapi tidak mengapa, aku kuatkan juga semangat aku bile melihat wajah-wajah harapan kawan-kawan aku yang nak sangat pergi sana (huuhuhu), lagi pun dah separuh jalan, aku teruskan juga. akhirnya bas sampai tepat pada jan 12.00pm, dengan perasaan lega berbau marah aku meneruskan langkah untuk menaiki tangga bas tersebut, rasa macam nak ketuk-ketuk bas tersebut, tapi bersabar jer lah, mungkin ada bas lain yang rosak ditengah jalan yang menyukarkan pergerakan bas lain, itu ar pasal Puduraya kecil sangat, sistem pun dah lama, leceh tol lah......
cerita ini panjang sangat lah, jadi aku akan teruskan bercerita pada episod akan datang huhuhuhu ,letih ar bru jer sampai dari kampung, dh lewat malam nie so aku nk masuk tido dulu, esok pagi aku ade kelas.... ok..
P/S: maaf gambar tidak ada untuk dipamerkan...

Khamis, 28 Januari 2010

Eeeeeee, TaKoTnYer...


eee takutnye....
itulah yang biasa kita dengari apabila sesuatu cerita telah diutarakan oleh si pencerita kepada si pendengar mahupun dari media elektronik atau media cetak, pada kebiasaanya ayat ini lebih menonjol digunakan oleh masyarakat pada hari ini di dalam situasi atau pekara yang menyeramkan seperti hantu, toyol mahupun benda-benda mistik yang telah dibawa dari satu mitos masyarakat yang terdahulu kepada zaman 'GLOBALISASI' yang serba canggih ini, kenapa kita jarang mendengar ayat 'eee takutnyer' ini kepada Tuhan, Akhirat, mahupun Dosa???
hantu biasanya dikaitkan dengan kepercayaan mistik yang membawa perasaan kepada seseorang untuk mempercayai kewujudan sesuatu pekara/mahluk yang berada di luar pemikiran manusia..
sedarkah kita, di zaman yang tanpa sempadan ini, mitos ini sepatutnya perlu ditinggalkan dan ianya hanya perlu menjadi sebuah 'mitos lagenda' untuk tatapan umum sebaliknya bukan di desak untuk mempercayai kewujudan hantu di muka bumi ini, yang wujud dimukabumi ini hanya Tuhan, Manusia, Malaikat, Jin dan Syaitan, manakala 'HANTU' tidak tersenarai langsung dari kewujudan 'mereka' di muka bumi ini.
kepercayaan tentang kewujudan hantu ini adalah disebabkan pengalaman manusia yang terdahulu tentang pekara yang telah mereka alami dan pekara tersebut dirasakan sungguh menakutkan dan berbahaya kepada kehidupan mereka, sehingga mereka berasa 'tergesa' untukmenceritakan pekara ini kepada umum, sehinggaia tersebar luas sehingga hari ini, dan apa yang kita sentiasa bayangkan, baik dari segi rupanya, suaranya dan kelakuanya akan menyebabkan 'mereka' akan menjelma dalam rupa bentuk yang berada di alam minda manusia.
tahukah anda yang sebenarnya kewujudan tentang peristiwa-peristiwa yang menyeramkan adakah disebabkan oleh penjelmaan syaitan untuk memesongkan akidah manusia supaya manusia yang tersesat ini dapat menjadi teman mereka di dalam neraka kelak.
oleh yang demikian, percayalah kewujudan hantu adalah palsu, kita tidak sepatutnya takut akan pekara-pekara seperti demikian, sebaliknya kita seharunya hanya takut kepada Tuhan yang maha Esa sahaja.
jadi sama-samalah kita fikirkan...

Isnin, 11 Januari 2010

F.E.N.O.M.E.N.A..

Di Malaysia, sememangnya ia adalah satu fenomena yang sangat digilai dan menggila. Ini adalah sebuah acara yang sangat-sangat berpretij dan sentiasa dinanti-nantikan oleh segenap lapisan BANGSA MALAYSIA, ia adalah sebuah acara yang sentiasa menjadi buah mulut orang di MALAYSIA, namun ia juga adalah sebagai lambang untuk MENGIKTIRAF perjuangan seni seseorang individu yang memperjuangkan kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh mereka sendiri.
F.E.N.O.M.E.N.A yang disebut itu adalah Anugerah Juara Lagu yang ke 24, yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 10 Januari 2010.
Acara yang diadakan hanya sekali dalam setahun adalah bertujuan untuk mengiktiraf bakat seni seseorang. sebnayak 14 buah lagu yang telah dipertandingkan yang mana kesemua lagu tersebut telah melalui tapisan demi tapisan untuk dipertandingkan di peringkat akhir bagi menentukan lagu yang terbaik diantara yang terbaik.


lagu pergi yang telah dibawakan oleh Aizat dengan ciptaan Pete Teo dan lirik hasil gubahan Amran Omar telah menjadi juara keseluruhan, yang mana ia telah di iktiraf sebagai sebuah karya terbaik bagi tahun 2009.
namun apa yang menarik ialah persembahan yang cuba ingin DITONJOLKAN oleh aizat adalah sangat unik dan menarik, di mana, dalam persembahan yang sanggat mengamit pendengar yang menghayati, dengan suara latang penyanyi india, telah memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya, kemudian aizat memulakan nyanyian dengan didiringi alunan alat muzik tradisional cina, bagi pendengar dan pengarang, ia adalah satu yang sangat unik selain ia dapat memaparkan semgat 1 MALAYSIA yang cuba diterpkan untuk mewujudkan keharmonian diantara kaum. ia adalah sebuah idea yang sungguh bernas dan sememangnya ia layak untuk dinobatkan sebagai karya yang terbaik bagi 2009. antara barisan karyawan yang berjaya ialah dan sebenarnya oleh Yuna, dan bercinta oleh Faizal Tahir, tahnia dan syabas diucapkan kepada pemenang yang lain... wassalam



ini lah gambar yang menunjukan aizat yang sedang mendenagkan lagi sambil diiringi oleh penyanyi india dan alat muzik cina, sunggun mengasyikan.....