Isnin, 5 April 2010

kini aku bebas dan bosan...

salam sejahtera,
huh! selepas berhenpas pulas selama 14 minggu denga pelbagai tugasan dan gerak kerja, baru sekarang aku dapat bernafas, dan perlu menarik nafas sedalam mungkin untuk aku gunakan semasa menghadapi peperiksaan akhir nanti.

Tugasan terakhir cadangan penyelidikan, sebelum mendapat kelulusan untuk melakukan penyelidikan (tesis) sebagai syarat graduet pada tahun 2011 nnti, ayoyoyo.....
banyak2 tugasan, cadangan penyelidikan paling susah nk selesaikan, pelbagai karenah birokrasi, dugaan dan pelbagai halangan untuk melakukann cadangan penyelidikan sewaktu pergi ke lokasi kajian, itu baru je cadangan penyelidikan, belum lagi penyelidikan yang kene buat betul2, insyaAllah mudah-mudahan urusan  untuk siapkan tesisi ni dapat dilakukan dengan mudah dan tanpa sebarang masalah dan dapat dilaksanakan dengan jayanya, Amin......

Kreatif beb bro nie, xde kaki tp lukis sendiri kaki beliau demi mendapat kepuasan diri (huk3 iklan jer)

macam2 pengalaman baru yang aku temui sama ada ragam rakan-rakan tugasan sampai ke tenaga pensyarah yang pelbagai karenah dan ragam..... sebagai pelajar perkara tersbut adalah perkara yang perlu di lalui dan ia adalah pekara biasa.....
bile dok ngadap tugasan jer rasa tertekan, tp bile dh x de tugasan rasa mak aii.... lagi lah bosan yang amat x taw nk buat pe.... klu blik kg klas masih ada lg, klu x g rugi ar..... xpe aku akan hadapinya dengan penuh keimanan dan kesabaran InsyaAllah.....hehehehe...
apa2 pon pengalan mengajar seseorg erti hidup yg sebenar, orang kata jauh perjalanan luas pandangan....lg pon perak dengan johor tak lar jauh mana pon.....
apa2 hal aku disini meminta ampun dan maaf kepada rakan-rakan yang tersa atau x puas hati dengan kekurangan diri ini, diharap sagala kesalahan sama ada besar mahupun kecil dapat dimaafkan dan sesungguhnya yang lemah itu datang dari dalam diri dan yang hebat itu datang hanya dari Allah Taala.....


Ahad, 4 April 2010

Industri Muzik dan kesunyian....

Salam sejahtera......
huhuh tergerak fez nk bercerita tntang industri muzik negara kita.......
tp sebelum tu, Tahnian kepada bintang2 yang popular malam tadi, huk3....
bile sebut industri muzik Malaysia, apa yang kita akan bayangkan?? mngkin sebuah industri yang seakan2 nyawa2 ikan, atau pun seperti bunga yang kembang xmau layu pon x mau atau batu yang kadang-kadang tenggelam dan kadang-kadang timbul....
negara kita sebenarnya dikurniakan dengan barisan karyawan yang setanding dengan karyawan dunia, bnayak kejayaan demi kejayaan yang kita blh lihat dari sudut pengiktirafan antarabnagsa, namun mengapa masih wujud perkataan industri muzik yang merosot??
sebenarnya, kehebatan dan pertahanan industri seni tanah air adalah bermula dari dalam negara kita sendiri, cuba kita lihat berapa peratuskan penggemar muzik/seni gemar kepada muzik dari luar berbanding dengan muzik dari dalam negara? mungkin lebih tinggi berbanding muzik dari dalam negara... mengapa??
baru-baru ini, terdapat 2 persembahan konsert dari negara sebenrang telah diadakan di dalam negara kita sendiri, mengapa mereka boleh menembusi pasaran negara kita sedangkan berapa ramaikah karyawan dan artis kita yang mampu membuat kosert di negara mereka, dan adakah mereka diterima? mengapa keadaan sedemikian berlaku, sedarkah anda bahawa sesebuah industri muzik yang berjaya mampu menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi negara dan manfaatnya boleh dinikmati oleh rakyat sendiri. 
jika kita lihat hari ini, banyak stesyn radio dari dalam negara kita sendiri yang dicipta oleh 'anak jati Malaysia' sendiri berlumba-lumba untuk mendenagkan lagu-lagu dari negara luar sedangkan banyak lagi pilihan lagu-lagu dari dalam negara yang boleh didendangkan tanpa ada kekurangan, teruk sangat ke muzik tanah air kita, tak cukup kreatif ke mereka? begitu juga dengan stsyn telivesyen Malaysia, mengapa mereka berlumba-lumba untuk menayangkan sesuatu yang baru dari negara seberang sedangkan ia tidak setimpal kepada artis-artis dan keluaran industri seni dari negara kita...
mungkin anda berfikira saya sebagai berfikiran tertutp dan tidak berkembang..... namun lihat lah sendiri indstrin seni dari dalam negara yang terpaksa bersaing dengan 'bahan' dari luar di dalam negara sendiri. jangan sampai wujud tahap penghabaan industri kepada negara sendiri oleh 'bahan' dari luar.. beringat sebelum berlaku..
kualiti artis kita rendah ker? atau kualiti seni mereka masih ditahap lemah? kalau mereka semua sedemikian, mengapa mereka boleh diterima oleh 'rakyat Malaysia'? mengapa mereka boleh dipertandingkan diperingkat antarabangsa dan diterima/diiktiraf sebagai pemenang....
come on Malaysia, sokonglah industri muzik tempatan, kita perlu membela nasib negara sendiri, kepada pihak yang tertentu, ubah lah sikap tersebut, tanamkan semangat patriotik, sayngkan negara sendiri, utamakan dari dalam negara baru orang luar pandang Malaysia ini hebat rupanya kesanya kepada kita sendiri.....