Ahad, 21 Mac 2010

Penyakit Remaja masa kini.

Baru-baru ini di dalam surat khabar boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja kes yang melaporkan mengenai masalah pembuangan bayi, masalh ini sememangnya sangat trgis, mengapa mereka yang terlibat terlalu mengambil jalan yang mudah untuk melakukan semua ini, tidak ambil peduli dengan zuriat yang dihasilkan sendiri secara haram atau sebaliknya.

Sebenarnya, masalah ini telah berlaku sejak sekian lama, namun kejadian ini seolah-olah telah menjadi rutin  kepada si pemangsa (pelaku zina) untuk melakukan masalah ini. Tanpa perasaan belas kasihan, ada yang sanggup menyumbat anaknya ke dalam tangki pam tandas, tidak kesian ke? kemana sifat kemanusiaan mereka? ibu bapa mereka tidak ada ajar tentang agama atau mereka sudah buta dengan akhirat, hanya nampak dunia sahaja?Wallahu'alam...

sebenarya terdapat beberapa faktor yang telah mendorng kepada berlakunya masalah ini antaranya keimanan. Kebanyakan hubungan terlarang yang terjadi ini berlaku adalah disebabkan oleh keimanan yang sangat lemah. Apabila 2 pasang kekasih yang menganggap cinta mereka sesangat suci yang tidak dijamin mempunyai sebarang ikatan dan kerap kali berjumpa telah mendorong untuk mereka melakukan pekara yang tidak sepantutnya berlaku.

Selain itu, kebebasan yang diberikan ibu bapa kepada anak-anak mereka telah mengakibatkan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa sebarang pengawasan. sebenarnya peranan Ibu Bapa adalah paling utama di dalam pembentukan anak2 mereka, ini kerana anak-anak yang meningkat remaja perlukan pembimbing untuk membantu mereka mencari jalan yang benar untuk mereka, nmun ini bukan bermaksud ibu bapa perlu mengongkong mereka, sebaliknya ibu bapa seharusnya bijak dalam bagaimana untuk mengetahu segala tindak tanduk anak-anak remaja mereka, ibu bapa perlu menjadi 'rakan' kepada anak2 remaja mereka bukan pegawai yang mengwal ketat anak-anak mereka, jika keadaan ini berlaku ia akan merumitkan keadaan dan memberi tekanan kepada anak2 remaja.

Memng tidak dapat dinafikan, remaja memerlukan kebebasan, namun kebebasan yang diberi haruslah di hadkan seperti kurangkan keluar malam, sentiasa mengambil berat atau cuba mendekati mereka, ini kerana pada waktu ini mereka berada di dalam keadaan yang tidak menentu 'keliru' dengan pilihan hidup mereka, jadi bimbingan agama dilihat pada waktu ini adalah sangat perlu bagi mencorak masa depan anak-anak yang lebih baik.

Selain itu, konsep cinta-cintan yang digunapakai untuk hidup konon adalah bertujuan untuk mengenali hati budi masing2 dahulu sebelum berkahwin, memng tidak dapat dinafikan berkenalan adalah perlu sebelum membina masjid, namun tidak bermakna berkenalan sampai wujudnya cinta yang dihantui nafsu shwat dan perlu berjumpa setiap masa bagi mengelakan berlaku curang atau 'melepaskan rindu'? ini semua hanyalah untuk mereka yang telah berkahwin bukan mereka yang tidak mempunyai sebarang ikatan. pada waktu ini si pemangsa akan mengambil kesempatan kepada mangsa yang dikatakan 'buta hidup' yang sanggup menyerahkan kehormatan diri mereka sendiri dan akhirnya berlaku pembunuhan janin, atau bayi yang cukup sifat.
Tidakkah kau kasihan dengan mereka??
oleh yang demikian, sedarlah kita sebelum terlambat, pelbagai mekanisme yang perlu diambil bagi menagani masalah ini, namun ia tidak seharusnya diletakan di satu pihak sahaja, tetapi semua lapisan masyarakat perlu mengambil bahagian atau peduli tenatng pekara ini bagi mengurangkan masalah ini dari terus berlaku.. Wallahu'alam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan