Rabu, 24 Februari 2010

PERISTIWA 13 FEBUARI 2010 (E2)

Assalamualikum.
ha mmng x sempat menyempat aku nk editblog nih,
mmng Buzy btol dgn Tgsan,Aktivit n Khidupan... hurmmm
nk smbung blik episod strusnya nie...

sewaktu bas pergerakan ke Genting Higland untuk jam 11.00a.m tiba (bas nie lewat 1 jam) bas nie datang bersama-sama dengan bas jam 11.30a.m jalan dengan penuh bangga dengan tanpa rasa bersalah, datang untuk mengambil penumpang yang dah macam 'cacing kepanasan' huhuhu, aku dah betul-betul tension, marah dan panas hati nih (dah ar bwah tuh tmpt tunggu bas panas past2 penuh lak dengan asap pencemar,adoi..) masing-masing menaiki bas dengan perasaan yang teramat bahagia,hahahaha.
Bas mula bergerak menuju ke destinasi yang hendak dituju. kami berharap bas dapat berjalan dengan lebih lancar dan harap-harap bas ni boleh mencari alternatif jalan lain untuk elak kesesakan jalan raya.
ok, nmpaknya doa aku termakbul (hahahah), bas ini tidak ikut lebuhraya PLUS tapi dia ikut lebuh NKVE tembus ke lebuhraya DUKE. tapi malang tidak berbau kan, nasib tidak menyebelahi kami, bas yang kami naiki terkandas dalam kesesakan jalan raya, yang bermula di Gombak, kami fikirkan kesesakan jalanraya ini hanya mengambil jarak beberpa kilometer sahaj, tetapi tunggu punya tunggu harap-parap, kesesakan lebuhraya ini dapat pulih seperti biasa, tapi harapan hanya tinggal harapan (hahaha), kesesakan tetap dengan jem macam beratur nk masuk ke kandang lembu da....,
aku dh terseksa dalam bas, boring, asik tngok jalan yg jem, tapi malang tetap malang, kesesakan berlaku secara terus menerus tanpa ada penghujung,
kepada pengguna Lebuh pantai timur ini aku rasa mereka perlu kekutan mental yer ar, aku yang menumpang ni pon dh tension, belum lagi kalu yag bawak kenderaan, dah lah tesion, pastu penat kaki asik main minyak ngan Cluth almaklumlah, jalan berbukit-bukau then berliku-liku lak tuh....
Setelah hampir 2 jam (sepatutnya ambil masa 1 jam) kami bersama-sama dengan 'ore pantai timo' di atas higway, kami sampai ke persimpangan Genting Higland, jalan ke GH agak sedikit lengang, dan akhirnya kami sampai ke GH tepat jam 02.00p.m, semangat nk berholiday ade ar bertambah sedikit, tetapi agak sedikit kalut, sebb masa bebetul dah suntuk, jadi kami sampai terus beli tiket skyway naik kereta kabel untuk sampai ke puncak yang mengambil masa 30 minit, walaupun lama tapi kami tida rasa ia adalah lama, sebab dapt menikmati keindahan Flora dan Fauna.
setibanya di puncak Genting Higland...... erm... kita sambung cerita len kli ar, aku nk solat n nk kluar ade hal......ok cow.

Ahad, 21 Februari 2010

PERISTIWA 13 FEBUARI 2010 (E1)

Assalamualikum dan salam sejahtera....
pertama sekali kepada kawan-kawan yang terlibat di dalam cerita ini, aku minta laluan untuk tatapan umum yer. huhuuu
ini adalah sebuah peristiwa yang sememangnya akan kekal menjadi kenangan di dalam hidup kami yang telah terlibat secara langsung tidak kira sama ada suka atau duka sepanajng hari pada 13 febuari 2010 berlangsug.
kejadian bermula pada pagi hari pada 13 febuari 2010, pada waktu pagi yang hening, aku bergegas untuk bersiap-siap solat subuh dan bersedia untuk meneruskan perjalanan yang telah dirancang, aku,amat dan Hafiz, kami semua rancang untuk pergi bercuti ke Genting Higland yang telah dirancang selama tiga minggu dari tarikh ini. memang lama, mesti dah rancang baik punya, huhuhu, kami telah beli tiket siap-siap pada semalam dari tarikh ini, aku dan hafiz telah rancang untuk bertolah pada jam 07.00 AM, jadi kami beli tiket bertolak pada jam 07.00 am.
Pada pagi yang sejuk itu, aku dan hafiz bergegas untuk bersiap-siap, tapi apa yang malangnya amat masih tercegat baring diatas kati, jam sudah menunjukan pukul 06.45 am, his tak boleh aku kalau macam ini, tertinggal bas kang.. nak tunggu amat bersiap n solat memang suatu penungguan yang agak menyiksakan........dan akhirnya apa yang kami risaukan telah menjadi kenyataan apabila bas tersebut telah meninggalkan kami, penyesalah terpampang diwajah rakan-rakan aku, dan apa yang kami perlu lakukan seterusnya, kami terpaksa membeli tiket sekali lagi untuk perjalanan ke KL pada jam 07.30am. patutlah amat boleh lepak bila bangun pagi, rupa-rupanya dia menyangkakan perjalan kami bermula pada jam 8.00am. pehhhhh perit tol dengar, bukan nk tanya siap-siap, tp salah kami jugak sebab terlupa untuk bagi tahu jadual perjala kami kepada amat, jadi sama-sama salah...hurmmmm
Setibanya kami di Puduraya, Kuala Lumpur, kami bergegas ke kuanter penjualan tiket untuk perjalanan ke Genting Higland,aduhhh sekali lagi perkara yang dirancang tidak menjadi, apabila kami terpaksa membeli tiket bergerak dalam jam 11.00am, pergh.... sekarang baru jam 09.00am kita terpaksa tunggu 2 jam di Kuala Lumpur. jadi dalam masa 2 jam itu, kami ambil peluang untuk mencari tiket pulang ke kampung pada keesokan hari, dan terus pergi cari makanan sebab kami belum sarapan pagi lagi. jadi klu di KL ape yang ada pagi-pagi dan paling dekt dengan Puduraya ialah KFC, jadi kami balun je peg makan kat KFC, kebetulan orang ramai dan pekerja tidak ramai, jadi kami terpakasa beratur panjang-panjang, satu penyiksaan... huhuhuhuhu...
selepas selesai makan di dalam KFC tuh, kami pergi ke platform 13 di Puduraya untuk tunggu bas bergerak ke GH. sekali lagi perkara yang perlu kami tanggung, aduh sakitnya hati aku, lama kami tunggu bas tapi tidak muncul-muncul pada waktu yang telah ditetapkan, tidak tahu dimanakah bas tersebut, rasa macam nk blik semula, malas nk teruskan perjalanan pada peristiwa 13 febuari ini, tetapi tidak mengapa, aku kuatkan juga semangat aku bile melihat wajah-wajah harapan kawan-kawan aku yang nak sangat pergi sana (huuhuhu), lagi pun dah separuh jalan, aku teruskan juga. akhirnya bas sampai tepat pada jan 12.00pm, dengan perasaan lega berbau marah aku meneruskan langkah untuk menaiki tangga bas tersebut, rasa macam nak ketuk-ketuk bas tersebut, tapi bersabar jer lah, mungkin ada bas lain yang rosak ditengah jalan yang menyukarkan pergerakan bas lain, itu ar pasal Puduraya kecil sangat, sistem pun dah lama, leceh tol lah......
cerita ini panjang sangat lah, jadi aku akan teruskan bercerita pada episod akan datang huhuhuhu ,letih ar bru jer sampai dari kampung, dh lewat malam nie so aku nk masuk tido dulu, esok pagi aku ade kelas.... ok..
P/S: maaf gambar tidak ada untuk dipamerkan...